Chef Wan dedah hidap kanser limfoma - Utusan Malaysia

Chef Wan dedah hidap kanser limfoma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cef selebriti terkemuka, Chef Wan mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma.

Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail berkata,dia telah menjalani ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali dan doktor memaklumkan dia didiagnos kanser tersebut.

“Saya baru sahaja menjalani ujian ECG sebentar tadi. Pada pukul 3 petang, doktor memaklumkan mengenai keputusan biopsi selepas dua kali menjalankan ujian. Saya benar menghidap kanser limfoma itu.

“Buat masa ini, doktor memaklumkan peluang untuk sembuh antara 70 sehingga 80 peratus. Saya juga perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 13 kitaran untuk 13 minggu.

“Doktor memaklumkan saya bakal kehilangan rambut, Saya sudah boleh membayangkan itu,” kongsinya di Instagram sebentar tadi.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia menerima ujian tersebut dengan hati terbuka dan bersemangat positif.

“Saya perlu kuat dan beransur sembuh kerana dalam pada masa saya perlu menjaga orang lain juga.

“Ini adalah kehidupan. Kita perlu terima ujian ini dengan cara positif dan perlahan-lahan.

“Anak perempuan dan menantu saya menangis apabila mendengar berita tersebut. Saya pesan jangan nangis,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya