Calon PH, PN mahu naik taraf pelancongan Morib

Calon PH, PN mahu naik taraf pelancongan Morib

HASNUL Baharudin bertemu orang ramai ketika meninjau dan mengadakan tinjauan di sekitar Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pantai Morib tidak seharusnya meriah pada hujung minggu sahaja, sebaliknya ia perlu dipromosikan dan menjadi tumpuan selain daripada penduduk tempatan supaya memberi manfaat kepada peniaga di situ meskipun pada hari bekerja.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib daripada Perikatan Nasional (PN), Rosnizan Ahmad berkata, kawasan pantai itu perlu dimajukan supaya ia menjadi lokasi tarikan pelancong dari luar yang tidak hanya berkunjung pada hujung minggu.

“Mesti dicari inisiatif untuk bangunkan pantai Morib supaya memberi impak kepada peniaga-peniaga dan dalam masa sama meningkatkan ekonomi mereka. Kekurangan pengunjung juga mesti diatasi.

“Saya lihat tumpuan hanya di Pantai Morib tetapi pantai itu hanya dikunjungi pada hari minggu menyebabkan peniaga di situ peroleh pendapatan pada tempoh itu sahaja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sementara itu, penyandang kerusi DUN tersebut, Hasnul Baharudin daripada Pakatan Harapan (PH) berkata, projek pemuliharaan pantai di situ akan dilaksanakan melalui perancangan naik taraf yang bakal menelan belanja sehingga RM45 juta.

Beliau menafikan dakwaan tiada perancangan untuk pembangunan di kawasan yang menjadi salah satu tarikan pelancong itu.

“Projek pemuliharaan Pantai Morib bernilai RM45 juta sebagai contoh dilaksanakan tidak lama lagi melibatkan naik taraf pantai tersebut dan apabila siap, pantai mempunyai kawasan berpasir,” jelasnya.

Katanya lagi, Projek Kelanang Harbour dan Aquatic Township Centre yang dijangka menelan belanja berbilion ringgit juga sudah dirangka serta dicadangkan kepada pemain industri.

“Projek tersebut melibatkan pembinaan projek padang golf, perumahan mewah, taman tema air dan pelabuhan kapal mewah yang bakal mengundang pelaburan sehingga RM1 bilion,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya