Calon BN DUN Kemasik bantu mangsa kemalangan - Utusan Malaysia

Calon BN DUN Kemasik bantu mangsa kemalangan

MOHD. Khairi Afiq Mohd. Yusof (tiga dari kanan) membantu seorang mangsa kemalangan di Bandar Baru Kijal, Kemaman, pagi ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Keprihatinan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Mohd. Khairi Afiq Mohd. Yusof terserlah apabila beliau turut membantu seorang mangsa kemalangan di Bandar Baru Kijal, di sini, pagi ini.

Kemalangan itu berlaku ketika beliau sedang dalam perjalanan ke Chukai bagi menghadiri program walkabout di pejabat kerajaan kira-kira pukul 8.44 pagi.

Menurut salah seorang pengawainya yang turut sama berada di lokasi kejadian, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya besar Sabasun, didapati berlakunya kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan sebuah motosikal yang baru berlaku.

“Secara spontan, Mohd. Khairi Afiq mengarahkan pemandu memberhentikan kereta dan beliau terus turun mendapatkan mangsa kemalangan itu iaitu penunggang motosikal yang sedang terbaring di atas jalan.

“Mohd. Khairi Afiq turut membantu mengangkat mangsa ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital sebelum meneruskan perjalanan,” katanya.

Menurutnya, difahamkan kereta Perodua Bezza itu dipandu oleh seorang wanita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya