Cakra Khan kembali ke Malaysia September ini - Utusan Malaysia

Cakra Khan kembali ke Malaysia September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas kejayaan konsert di Dewan Plenary KLCC pada Januari lalu, penyanyi, Cakra Khan akan kembali melunaskan hasrat peminat menerusi sebuah lagi konsert pada 17 September depan.

Istimewanya kali ini, penyanyi kelahiran Pangandaran Indonesia itu bakal beraksi di pentas Zepp Kuala Lumpur membawakan persembahan yang lebih berlainan sempena rangka Dream Festival Collaboration Vol. 4.

Cakra Khan Live in Kuala Lumpur menjadi simbolik perjalanan kerjaya penyanyi berkenaan dalam tempoh lebih sedekad, bermula dengan single pertama, Harus Terpisah yang mempopularkan namanya di Indonesia dan Malaysia.

Pengarah Projek Dream Festival, Rama Ananda Ambri dalam satu kenyataan yang dikongsikan kepada Utusan Malaysia menjanjikan persembahan luar biasa yang bakal disajikan Cakra bersama penyanyi undangan khas dari Malaysia.

“Kemunculan Cakra bersama penyanyi undangan misteri itu bakal menghangatkan lagi siri Dream Festival Collaboration Vol. 4, sekali gus membawa penonton merentasi magis perjalanan hiburan yang tidak terlupakan.

“Sebagai penyanyi, Cakra dilihat sebagai sosok yang sangat berbakat dan memiliki karisma tersendiri setiap kali beraksi di pentas. Dikenali dengan kehebatan vokal dan aksinya yang penuh energetik, kami yakin kemunculan terbaharu Cakra pasti memberikan kepuasan jitu kepada penggemarnya,” katanya.

Kata Rama, profil seni Cakra yang pernah meraih pelbagai penghargaan, selain mengukir nama sebagai antara artis terbaik dalam industri hiburan Nusantara memberi nilai tambah pada acara yang dibawakan Inspire IDN dengan kerjasama Laskar Entertainment itu.

“Bersama artis undangan yang masih dirahsiakan, kami yakin elemen kejutan itu bakal menambah daya tarikan acara, sekali gus memacu antusiasme penggemar muzik untuk memeriahkan konsert tersebut.

“Dream Festival Collaboration Vol. 4 dirancang dengan begitu teliti untuk memastikan semua yang hadir terhibur. Kami komited untuk memberikan pengalaman konsert yang tidak terlupakan kepada semua penonton.

“Acara ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan penaja rasmi seperti Sari Ratu Prima, Hotbox dan Chatime. Sokongan mereka memberikan sumbangan besar dalam memastikan acara ini sukses,” katanya.

Tiket menyaksikan Dream Festival Collaboration Vol. 4 – Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dijual pada harga RM178 (Kepada Hati), RM198 (Terlanjur Cinta), RM318 (Kekasih Bayangan), RM508 (Tanpa Batas Waktu) dan RM5,880 (Royal Box untuk lapan penonton) boleh diperoleh dengan melayari: www.ticket2u.com bermula 15 Julai 2023.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya