CAAM sahkan pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam 

CAAM sahkan pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam 

KEADAAN lebuh raya selepas sebuah pesawat dipercayai terhempas dan menghentam sebuah motosikal di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor. -UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1), terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CAAM, Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat bernombor pendaftaran N28JV yang dikendali oleh Jetvalet Sdn. Bhd. itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2:08 petang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. 

Katanya, seramai enam penumpang dan dua kru penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan dan keadaan mereka masih belum disahkan pada masa ini.

“Hubungan pertama yang dibuat oleh pesawat dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang adalah pada pukul 2:47 petang dan pelepasan pendaratan diberi pada pukul 2:48 petang. 

“Pada pukul 2:51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang memerhatikan asap yang berpunca daripada lokasi nahas tetapi tiada panggilan mayday (isyarat kecemasan) yang dibuat oleh pesawat itu.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautik Kuala Lumpur (KL ARCC) telah diaktifkan untuk menyelaraskan misi mencari dan menyelamat.

“Siasatan keselamatan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya