Bukan sekolah vernakular punca perpecahan negara tapi Dr. M

Bukan sekolah vernakular punca perpecahan negara tapi orang politik macam Dr. Mahathir – Ramanan

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR Sungai Buloh Datuk R. Ramanan menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghentikan segera kenyataan menghasut berterusan beliau yang tidak membawa nilai kepada perpaduan negara.

Katanya, amat dikesali Perdana Menteri ketujuh itu terpaksa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam menggesa sekolah vernakular dimansuhkan, sedangkan ia merupakan sebahagian daripada sistem sekolah kebangsaan.

“Mereka (sekolah vernakular) dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, tidak seperti sekolah swasta dan mereka telah wujud sejak merdeka. Sekolah rendah Cina misalnya mempunyai lebih 100,000 pelajar Melayu, India dan bumiputera lain manakala sekolah rendah India mereka memainkan peranan utama dalam pembangunan negara.

“Saya menjemput Dr Mahathir untuk melawat sendiri sekolah-sekolah ini dan lihat sifat-sifat mereka kepada perpaduan negara dalam program dan silibus sekolah berkenaan.

“Bakat terbaik yang menamatkan pengajian dari sekolah rendah ini telah menduduki jawatan tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta. Hasil daripada kewujudan sekolah-sekolah ini, rakyat Malaysia telah dapat memahami bahasa Mandarin dan Tamil yang merupakan aset linguistik.

“Satu sebab mengapa orang Melayu dan India menghantar anak mereka ke sekolah vernakular ini selama enam tahun pendidikan rendah adalah kerana mereka mahu anak mereka belajar bahasa Mandarin atau Tamil di sekolah Tamil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramanan berkata, masyarakat Cina dan India adalah aset ekonomi utama iaitu adalah sesuatu yang semua pihak mesti fahami dan apabila anak-anak boleh bertutur dalam bahasa lain, ia membolehkan kebolehpasaran mereka meningkat.

“Dr Mahathir malangnya telah memilih untuk melihat segala-galanya dari sudut perkauman untuk memastikan beliau berada dalam berita (dilaporkan media). Beliau pada usia 98 tahun, seharusnya memainkan peranan untuk membawa rakyat Malaysia bersama-sama dan bukannya mewujudkan perpecahan.

“Kami ingin tahu sama ada cucunya bersekolah di sekolah swasta atau antarabangsa atau mereka berada di sekolah kebangsaan kita, seperti rakyat Malaysia yang lain?

“Amat dikesali Dr Mahathir masih menyebut rakyat Malaysia yang bukan Melayu sebagai “pendatang” ketika kita menyambut ulang tahun ke-66 kemerdekaan negara. Bukan sekolah vernakular yang menyebabkan perpecahan negara tetapi ahli politik seperti Dr Mahathir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya