Bukan masa protes, Pas seru penyokong PN keluar mengundi 

Bukan masa protes, Pas seru penyokong PN keluar mengundi 

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menyeru semua penyokong Perikatan Nasional (PN) yang terlibat di enam Pilihan Raya Negeri (PRN) supaya keluar mengundi susulan peratusan keluar mengundi yang sangat rendah.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ini berikutan setiap undi adalah penting dan dikira.

Jelas beliau, ini bukan masanya untuk menunjukkan protes terhadap proses pilihan raya atau cubaan merosakkan undi kerana keadaan sekarang tidak seharusnya dibiarkan berterusan.

“Dengan tidak memilih pihak mana yang hendak disokong atau dengan tidak mengundi, secara tidak langsung kita telah menidakkan hak kita sebagai rakyat Malaysia.

“Justeru, pimpinan dengan itu mengarahkan dan menyeru semua ahli dan penyokong Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan yang layak mengundi untuk keluar mengundi dengan kadar segera, tanpa terikat dengan masa tertentu asalkan dalam tempoh proses pengundian seperti ditetapkan, iaitu antara 8.00 pagi sehingga 6.00 petang,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, hanya negeri Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi sempena PRN sebanyak 50 peratus setakat pukul 1 petang.

Kesemua negeri lain masih mencatatkan sekitar 40 peratus iaitu Kedah 49 peratus, Pulau Pinang pula 46 peratus, Selangor 44 peratus; Negeri Sembilan 42 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN