SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mula melakukan kerja-kerja pembersihan jalan di sekitar lokasi nahas terhempas di Elmina, Seksyen U16, di sini hari ini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati tiga jentera bomba dikerahkan bagi melakukan kerja-kerja pembersihan. Kerja-kerja pembersihan bermula pada 12.45 tengah hari melibatkan kira-kira 20 anggota bomba. Setakat pukul 1 petang itu, lokasi pesawat peribadi Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang membawa 10 penumpang terhempas di Elmina, Shah Alam, petang semalam, masih ditutup kepada umum bagi memberi laluan kerja-kerja pencarian baki cebisan mayat mangsa dan pembersihan serpihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya