BN Terengganu terima, hormati keputusan kalah PRN - Utusan Malaysia

BN Terengganu terima, hormati keputusan kalah PRN

AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 KEMAMAN : Barisan Nasional (BN) Terengganu menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang tidak memihak kepada gabungan parti itu, senalam. 

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal menerusi hantaran Facebooknya berkata, menjadi adat bertanding, ada pihak yang kalah dan menang. 

“Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera dan petugas BN atas komitmen tinggi tanpa mengenal penat dan lelah untuk membantu kempen sepanjang PRN berlangsung. 

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan pengundi DUN Kijal yang telah mengundi saya serta semua pengundi yang mengundi calon BN di negeri ini,” katanya. 

Menurutnya, UMNO dan BN berbesar hati dan akan terus subur untuk menabur bakti khusus kepada ahli dan penduduk di negeri ini.

Dalam PRN semalam, BN mencatatkan prestasi terburuk apabila kecundang di 32 kesemua DUN di negeri ini dan Pas turut berjaya mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ahmad pula kecundang di DUN Kijal di tangan Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Razali Idris dengan majoriti 3,758 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya