‘Bilik khas’ dibina guna bahan kitar semula - Utusan Malaysia

‘Bilik khas’ dibina guna bahan kitar semula

T.S YONG ketika berada dalam ruang pod privasi akustik pertama yang menggunakan 98 peratus bahan kitar semula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil penyelidikan yang diterajui anak Malaysia berjaya mencipta bilik khas dengan penggunaan 98 peratus kandungan boleh dikitar semula.

Menurut T.S Yong, rekaan tersebut merupakan hasil inisiatif beliau bersama rakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap barangan kitar semula dan kepentingan penjagaan alam sekitar.

Jelas beliau, pihaknya berharap rekaan itu dapat memberi inspirasi kepada pihak lain terutama dalam bidang pembinaan untuk membangunkan hasil ciptaan yang mesra alam sekitar.

“Rekaan yang dinamakan Exstopod Plus ini berjaya menerima Pensijilan UL Green dengan pelepasan bahan kimia paling minimum.

“Paling penting rekaan ini bebas daripada sebatian orga­nik volatil (VOC) dan mempunyai sistem pengudaraan yang cekap,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tambang Yong, rekaan dan inovasi yang bermula sejak 2017 itu giat dijalankan ketika pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Apabila kerajaan mengga­lakkan syarikat untuk bekerja di rumah ketika Covid-19, kami melihat ruang ini sebagai satu keperluan.

“Ia sudah menjadi trend ke­rana bukan semua yang boleh bekerja di rumah pada masa itu dan dalam masa yang sama memerlukan satu kawasan untuk bekerja atau melakukan akti­viti seperti mesyuarat atau me­ngadakan pertemuan. Daripada situlah terhasilnya idea ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya