Beri ruang kerajaan rangka sistem saraan baharu

Beri ruang kerajaan rangka sistem saraan baharu – Cuepacs

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta seluruh warga penjawat awam bersabar dan memberi ruang serta kepercayaan yang penuh kepada kerajaan untuk merangka sistem saraan baharu. 

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, kerajaan ketika ini sangat serius untuk melihat semua kadar upah dan gaji yang diterima oleh penjawat awam ketika ini. 

“Cuepacs menghargai komitmen kerajaan dalam meneliti semula sistem saraan perkhidmatan awam apabila mewujudkan jawatan kuasa khas bagi membuat kajian mengenai penambahbaikan perjawatan dan organisasi, saraan serta pengurusan bakat warganya. 

“Jawatan kuasa ini telah selesai melaksanakan sesi libat urus masing-masing mengikut enam kluster yang ditetapkan iaitu kesihatan, pendidikan, sains dan teknologi, keselamatan, teknikal dan pengurusan. 

“Cuepacs sangat berpuas hati apabila sesi libat urus ini telah menerima pandangan semua pihak yang mana setiap kluster diketuai oleh Ketua Setiausaha yang bertanggungjawab memastikan keterlibatan semua kementerian, jabatan dan wakil pekerja termasuk pihak kesatuan secara inklusif,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Justeru, Adnan berkata, langkah itu membuktikan kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merangka suatu sistem saraan yang komprehensif untuk penjawat awam. 

Malah, Perdana Menteri juga mahu aspirasi daripada penjawat awam itu sendiri dilibatkan dalam kajian sistem saraan perkhidmatan awam yang baharu ini. 

“Cuepacs amat yakin dengan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam menambah baik sistem saraan secara komprehensif bagi memastikan perkhidmatan awam berdaya tahan dalam mendepani cabaran di masa hadapan. 

“(Oleh itu) setiap pandangan dan cadangan Cuepacs bagi menambah baik inisiatif kebajikan penjawat awam sentiasa seiring dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan semangat kerja yang lebih kondusif buat penjawat awam. 

“Penjawat awam perlu terus fokus dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam berada pada tahap yang terbaik yang mana usaha ini perlu dibuat secara kolektif dan bersepadu oleh semua pihak dalam semangat Malaysia Madani.” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya