KUALA LUMPUR: Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, berazam terus belajar walaupun sudah bergelar johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa. Qari berstatus orang kurang upaya (OKU) penglihatan itu berkata, ilmu taranum sangat banyak untuk dipelajari. “(Oleh itu) tidak semestinya kita johan peringkat antarabangsa, kita rasa pandai. “Saya akan terus belajar dengan guru dan ajar pula kepada orang lain,” katanya selepas diumumkan sebagai juara kategori tilawah lelaki sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam kelmarin. Qari berasal dari Kelantan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya