Bekas Pengarah Hospital Putrajaya paling lama berkhidmat meninggal dunia 

Bekas Pengarah Hospital Putrajaya paling lama berkhidmat meninggal dunia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Pengarah Hospital Putrajaya yang paling lama berkhidmat, Dr. Nora’i Mohd. Said meninggal dunia di usia 60 tahun, pukul 5.40 pagi ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook dan berkongsi rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham. 

“Salam takziah buat ahli keluarga dan kenalan Allahyarham. 

“Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Al-Fatihah,” katanya hari ini. 

Nora’i, 60, mula berkhidmat sebagai pengarah Hospital Putrajaya kelapan pada 16 Oktober 2008 sehingga bersara wajib pada 11 Mac 2023.

Allahyarhah adalah yang paling lama menerajui Hospital Putrajaya iaitu selama 15 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya