Bekas banduan didakwa cuba rogol, rompak warga emas - Utusan Malaysia

Bekas banduan didakwa cuba rogol, rompak warga emas

S. SAARAN dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping hari ini atas dua pertuduhan merompak dan cubaan merogol seorang wanita warga emas, minggu lalu. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Seorang bekas banduan yang baharu dua bulan dibebaskan, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merompak dan cubaan merogol seorang wanita warga emas, minggu lalu.

Tertuduh, S. Saaran, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan iaitu merogol seorang wanita warga emas berusia 75 tahun di sebuah rumah di Taman Assam Maju, Taiping pada pukul 8.30 pagi, 15 Ogos 2023.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan

Tertuduh juga didakwa melakukan rompakan terhadap harta milik mangsa iaitu wang tunai RM10 dan seutas rantai emas di mana semasa melakukan rompakan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa dengan bersenjatakan sebilah pisau.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan

Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan rompakan dengan bersenjatakan sebilah pisau terhadap harta milik seorang lelaki berusia 55 tahun iaitu wang tunai RM5,000 dan sebuah kereta jenis Honda.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi mencadangkan jaminan RM20,000 bagi pertuduhan kes cubaan merogol dan RM30,000 pula bagi dua pertuduhan kes rompakan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan baharu dua bulan dibebaskan dari penjara.

Hakim Nabisha kemudian membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan beserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 25 September depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Menerusi laporan media Khamis lalu, seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila bukan sahaja dicabul malah menjadi mangsa samun individu tidak dikenali ketika berada di halaman rumahnya di Pokok Assam di sini.

Suspek yang menutup muka dengan kain telah menarik mangsa masuk ke dalam rumah dan mencabulnya sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta milik menantu wanita itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya