Bangunan komersial ditutup sementara, tidak selamat diduduki

Bangunan komersial ditutup sementara, tidak selamat diduduki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan awal terhadap bangunan komersial empat tingkat yang runtuh di Kuchai Lama, di sini malam mendapati ia tidak selamat untuk diduduki.

Justeru, penutupan sementara akan dilakukan terhadap bangunan komersial berkenaan sehingga laporan lengkap pakar perunding bangunan selesai.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 10.15 malam tadi.

Jelasnya, pihaknya segera mengarahkan penutupan kawasan dan mengosongkan bangunan terbabit yang melibatkan 45 unit.

“Kita memastikan tiada orang keluar masuk di sekitar kawasan bencana sejak malam tadi. Setakat pukul 10 pagi ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pertubuhan Ikram Malaysia hadir untuk memeriksa bangunan.

“Kita akan benarkan pemilik yang berada di tingkat satu, dua dan tiga untuk mengalihkan barang penting secara berperingkat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Amihizam, Badan Pengurusan Bersama (JMB) bangunan perlu melantik konsultan untuk menilai semula keselamatan bangunan sama ada Selamat untuk diduduki atau tidak.

“Sisa bangunan dikhuatiri akan jatuh jadi saya nasihatkan orang ramai untuk menjauhi bangunan.

“Sekiranya laporan perunding bebas menyatakan bangunan ini selamat dan boleh dibaiki barulah pihak pengurusan bangunan dibenarkan mengalihkan sisa bangunan,” jelasnya.

Sementara itu, anggaran nilai kerugian keseluruhan masih belum dikenal pasti setakat ini.

“Saya minta 10 pemilik kenderaan yang dihempap malam tadi hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,”ujarnya.

Terdahulu, sebanyak sepuluh kenderaan rosak teruk selepas dihempap runtuhan konkrit di blok A, bangunan Sri Desa Entrepreneur Park di Jalan Kuchai Lama, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada pukul 9.59 malam.

Katanya, sebanyak tiga jentera dengan kekuatan 26 anggota daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Seputeh, BBP Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus pihaknya menerima panggilan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya