Bangunan baharu Klinik Bukit Rambai atasi kesesakan

Bangunan baharu Klinik Bukit Rambai atasi kesesakan

LIM Ban Hong melakukan lawatan tapak bangunan tambahan di KK Bukit Rambai, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pembinaan bangunan tambahan Klinik Kesihatan (KK) Bukit Rambai di sini dengan anggaran kos RM38 juta mampu mengatasi masalah kesesakan pesakit terutama pada waktu puncak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, klinik yang dibina pada 1963 itu kini berusia 60 tahun dan memerlukan bangunan baharu bagi pertambahan perkhidmatan dan kemudahan kesihatan.

Menurutnya, ia akan dapat memastikan pasukan perubatan menyampaikan khidmat secara lebih efisien serta memberi manfaat besar kepada penduduk di tujuh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Cadangan pembinaan bangunan tambahan di kawasan seluas 1.82 hektar di hadapan klinik berkenaan dijangka bermula pada 2026, ia mampu menampung 800 pesakit sehari berbanding 342 orang sebelum ini.

“Penambahan perkhidmatan kesihatan di klinik berkenaan sudah sewajarnya dibuat, mengambil kira pertambahan penduduk dengan banyak kawasan perumahan baharu dibuka selain kawasan perindustrian.

“Mengikut data, kita dapat lihat jumlah pesakit purata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini adalah sebanyak 6,713 orang manakala jumlah pesakit mendapat rawatan sehari seramai 324 orang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan tapak, semalam.

Tambah Ban Hong, proses pengambilan tanah di tiga lot sudah selesai manakala kerja-kerja merancang sedang dilakukan, di mana Jabatan Kesihatan Negeri akan mengemukakan peruntukan kepada kerajaan, tahun depan.

Menurutnya, bangunan tambahan akan menyediakan perkhidmatan klinik pergigian yang lebih sempurna, kemudahan x-ray dan fisioterapi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya