Azmin menang tipis tewaskan Juwairiya - Utusan Malaysia

Azmin menang tipis tewaskan Juwairiya

MOHAMED Azmin Ali mengangkat tangan ketika tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2 Taman Keramat Ampang di sini hari ini. Mohamed Azmin Ali berjaya meraih jumlah undi sebanyak 25297 dengan majoriti 1617 undi menewaskan calon Pakatan Harapan, Juwairiya Zulkifli. -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kembali mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang selepas memenangi kawasan tersebut dengan 1,671 majoriti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam keputusan tidak rasmi.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menewaskan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Juwairiya Zulkifli yang memperoleh 23,980 undi dalam pertembungan dua penjuru.

Kemenangan Mohamed Azmin menepati ramalan apabila beliau sebelum ini dijangka bertanding di kawasan tersebut dan meninggalkan kerusi lamanya, DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Malah, kemenangan beliau juga seiring dengan pimpinan PN negeri yang lain iaitu Timbalan Pengerusinya yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Beliau mula menyertai pilihan raya pada 1999 dengan mewakili Parlimen Gombak dan DUN Hulu Kelang sebelum berpindah ke DUN Bukit Antarabangsa selama tiga penggal.

Mohamed Azmin sebelum ini menguasai Parlimen Gombak sejak 1999, namun tewas kali pertama kepada Amirudin pada PRU15, November tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya