KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dilantik sebagai Pemangku Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sarawak mulai hari ini
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg lantikan itu berkuatkuasa bagi tempoh 16 Ogos hingga 17 September tahun ini.
“Lantikan ini (Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar) berkuat kuasa dari 16 Ogos 2023 hingga 17 September 2023.
“Atas sifat yang sedemikian boleh menggunakan dan menjalankan segala kuasa yang terletak pada Yang Dipertua Negeri dan mempunyai, segala hak kelebihan dan kedaulatan yang sah semasa menyandang kuasa tersebut,” katanya dalam satu upacara rasmi Majlis Angkat Sumpah TYT pemangku TYT Sarawak di sini hari ini.
Lantikan pemangku tersebut berikutan ketiadaan Tun Abdul Taib Mahmud yang kini masih dalam proses pemulihan kesihatan di luar negara.
Abdul Taib Mahmud sebelum ini dilaporkan berada di Turkiye untuk bercuti sebelum berhadapan masalah kesihatan dan menjalani prosedur pembedahan.
Asfia, 75 sebelum ini pernah dilantik sebagai pemangku Yang di-Pertua Negeri pada 1 Disember 2019 hingga 11 Januari 2020.
Beliau juga pernah menjadi wakil rakyat apabila dipilih bagi kawasan DUN Serdeng selama tiga penggal mulai tahun 1991 hingga 2006.- UTUSAN