KUALA LUMPUR: Kira-kira RM3.95 billion pelbagai aset seperti akaun bank, kenderaan dan hartanah dipercayai diperoleh hasil aktiviti haram dibekukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2019 sehingga Jun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.5 billion aset-aset berkenaan dibekukan manakala RM2.44 bilion lagi disita. Kesemua sitaan dan pembekuan aset-aset berkenaan merupakan 739 kes membabitkan pengubahan wang haram yang disiasat PDRM seperti penipuan, jenayah, termasuk kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam tempoh sama juga, sebanyak 70 individu terdiri 50 lelaki dan 20 wanita telah ditahan dan diambil tindakan di bawah Siasatan Jenayah Pengubahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya