Arwah Sharipuddin dikebumi di Bandar Baru Salak Tinggi

Arwah Sharipuddin dikebumi di Bandar Baru Salak Tinggi

MUHAMMAD Sharul Izuan menunjukkan gambar bapanya Allahyarham Sharipuddin Shaari yang maut dalam tragedi pesawat terhempas ketika ditemui di Taman Desa Vista, Sepang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, pemandu e-hailing yang maut dalam tragedi pesawat terhempas petang semalam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi.

Perkara tersebut dimaklumkan anak sulung arwah, Muhammad Sharul Izuan, 16, ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Vista.

Menurutnya, proses pengecaman mayat dilakukan oleh ibunya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang hari ini.

Bagaimanapun, difahamkan urusan pengebumian jenazah Allahyarham akan dijalankan pada Isnin ini berikutan masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Dalam nahas ngeri pukul 2.40 petang semalam, 10 individu disahkan meninggal dunia dengan lapan daripadanya adalah juruterbang dan penumpang pesawat ringan tersebut dalam kejadian di kawasan kediaman Elmina, Seksyen U16, Shah Alam.

Kesemua mangsa yang maut adalah juruterbang, Shahrul Kamal Roslan berusia 42 tahun dan pembantu juruterbang, Heikal Aras Abdul Azim (43).

Enam penumpang terlibat ialah Datuk Seri Johari Harun (53), Kharil Azwan Jamaludin (43), Shaharul Amir Omar (49), Mohamad Naim Mohamed Muaidi (35) Muhammad Taufiq Mohd Zaki (37) dan Idris Abdol Talib @ Ramali (41).

Turut terkorban dalam nahas tersebut adalah penunggang motosikal, Muhammad Hafiz Muhammad Salleh (32) serta pemandu kereta, Sharipuddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya