Artis lelaki guna modus operandi ‘pinjam RM300’ - Utusan Malaysia

Artis lelaki guna modus operandi ‘pinjam RM300’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Orangnya tampan, tinggi lampai dan pernah bergelar anggota sebuah kumpulan popular sekitar era 90-an.

Kalau diperhatikan gaya hidupnya pada waktu ini, Cik Bunga tak rasa dia berada dalam kategori orang susah. Kudrat pun masih kuat. Iyalah, kalau masih boleh menyanyi, elok saja dia buat live setiap malam di Tiktok, bermakna, Alhamdulillah, Allah Taala masih kurniakan kesihatan yang baik buat dia.

Sebab itulah bila Cik Bunga dengar gelagat dia suka meminjam duit artis, rasa pelik pula. Biasa, kalau orang pinjam duit ini kerana terdesak. Sekali dua tak mengapa, tetapi kalau berkali-kali dengan modus operandi yang sama, orang yang beri pinjam duit itu pun mestilah rasa bengang juga.

Difahamkan, si artis lelaki ini tak habis-habis guna alasan anak sakit demi meraih simpati dan meminjam duit. Bila ditanya anaknya sakit apa, tidak pula dijawab dengan jujur.

Dengarnya, bukan seorang dua artis yang terkena dengan dia ini, ramai juga. Cuma iyalah, Cik Bunga faham, artis yang beri pinjam duit itu pun tidaklah mahu mencanang pada semua hal buruk sesama artis. Tolong ‘cover’ dan jaga air muka kawan gamaknya.

Namun, harus diingat, kesabaran manusia ini ada hadnya. Tak selamanya orang hendak diamkan perangai buruk awak itu lebih-lebih lagi apabila ditanya bila mahu bayar duit yang dipinjam, si artis lelaki itu terus membisu seribu bahasa.

Tak tahulah sama ada sengaja buat-buat lupa atau hilang ingatan. Tetapi, bayangkanlah, kalau seorang beri dia pinjam RM300, kalau 10 orang, berapa banyak yang dia dapat?

Kalau sentiasa meratib anak sakit sebagai alasan untuk pinjam duit, buatnya anak yang sebenarnya sihat walafiat memang betul-betul jatuh sakit teruk, bukankah tak baik namanya itu?

Kata-kata di mulut ini bagaikan doa. Kalau sebut sentiasa, Tuhan turunkan ujian betul untuk awak, tak ke susah? Bawa-bawalah berubah. Segeralah bayar hutang sekeliling itu. Nak cari makan pun masing-masing dalam satu industri. Esok lusa, bertemu juga. Tak akanlah nak hidup dalam keadaan tak tenang sentiasa, betul tak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya