ART Sarawak akan jalani latihan kejuruteraan mulai September ini

ART Sarawak akan jalani latihan kejuruteraan mulai September ini – Menteri Pengangkutan Sarawak

LEE KIM SHIN (kanan) menaiki prototaip ART berkuasa hidrogen di Terminal Senari, Pending Kuching.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Latihan kejuruteraan prototaip bagi pengangkutan Autonomous Rapid Transit (ART) berkuasa hidrogen akan bermula awal September ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, latihan tersebut dijadualkan bermula pada 4 September hingga 31 Oktober melibatkan laluan di Jalan Keruing melalui Menara LCDA, Menara SEDC, Menara Sarawak Energy dan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

“Tujuan uji pandu ini adalah untuk mengenal pasti sebarang isu sebelum bermulanya latihan bukti konsep (POC) di Kota Samarahan.

“Sementara POC itu nanti pula akan bermula di lorong khusus kekal tiga kilometer (km) yang dibina di antara bulatan berhampiran Pusat Jantung Sarawak ke bulatan berhampiran SAINS.

“Latihan ini bertujuan untuk mengumpul data dan seterusnya menilai kebolehlaksanaan prototaip untuk reka bentuk akhir ART bagi menampung kapasiti maksimum penumpang,” dedahnya.

Latihan POC di Kota Samarahan itu akan mengambil masa selama sebulan di sepanjang Lebuhraya Kuching-Samarahan pada November.

Justeru itu beberapa jalan raya akan terlibat di sepanjang penutupan jalan akan dilakukan pada 23 Ogos ini.

Tambahnya, prototaip ART berkuasa hidrogen itu telah tiba di Terminal Senari, Pending pada 5 Ogos lalu.

“Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual melancarkan latihan kejuruteraan prototaip ART berkenaan pada awal bulan depan.

“Abang Johari juga akan menaiki ART di laluan Isthmus,” ujar Kim Shin.

Perkhidmatan ART di bawah projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) dijadual beroperasi secara berperingkat bermula suku keempat 2025 yang mana akan bermula di Rembus, Kota Samarahan sehingga ke Hikmah Exchange di Pusat Bandaraya Kuching, di sini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya