Anwar tiba WTC, ikuti perkembangan PRN

Anwar tiba WTC, ikuti perkembangan PRN

ANWAR Ibrahim sempat melambai kepada pengamal media sebelum masuk ke Dewan Tun Hussein Onn. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini sekitar pukul 10.33 malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan hadir malam ini bagi mengikuti perkembangan keputusan enam pilihan raya negeri (PRN) bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan yang lain.

Ketibaan Anwar disambut Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang lain.

Selain Anwar dan Ahmad Zahid, antara pemimpin yang tiba sejak pukul 7 petang tadi adalah dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Selain itu, turut hadir Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming; Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh serta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya