Anwar minta sebar Skim Perubatan Madani kepada golongan

Anwar minta sebar Skim Perubatan Madani kepada golongan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon setiap rakyat menyebarkan maklumat mengenai Skim Perubatan Madani kepada keluarga dan rakan-rakan yang memerlukan. 

Perdana Menteri berharap skim berkenaan dapat memanfaatkan golongan sasar terutamanya kumpulan B40.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, ia sebagai usaha dan upaya kerajaan mewujudkan akses yang adil kepada khidmat kesihatan yang berkualiti. 

“Baru-baru ini Kerajaan meluncurkan Skim Perubatan Madani yang bermatlamat untuk menampung keperluan kesihatan warga B40. 

“Justeru, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya