PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan mengejut di Sekolah Kebangsaan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan, tengahari tadi.
Beliau mengadakan lawatan itu selepas selesai program di Sungai Besi.
Di sekolah berkenaan, beliau meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah termasuk status tandas yang kini dalam penambahbaikan secara berperingkat untuk diguna warga sekolah.
“Adalah menjadi harapan saya supaya warga sekolah khasnya para murid dapat menikmati kemudahan disediakan dalam mewujudkan persekitaran selesa serta kondusif,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. -UTUSAN