Anwar harap KFC terus bantu ekonomi negara, sukses di peringkat global

Anwar harap KFC terus bantu ekonomi negara, sukses di peringkat global

ANWAR Ibrahim bersama penganjur, tetamu dan penyanyi tempatan yang menghadiri Pesta Musik KEPCI di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam, Selangor. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rangkaian restoran di bawah QSR Brands, KFC bukan sahaja terus berjaya membantu ekonomi negara, malah lebih sukses di peringkat global. 

Perdana Menteri berkata, beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Pesta Musik KEPCI di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam bersempena Hari Ulang Tahun ke-50 KFC beroperasi di Malaysia. 

Ujarnya, beliau dan isteri ditemani Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Bhd, Tan Sri Jamaludin Ibrahim selain kehadiran ribuan pengunjung dari pelbagai latar belakang masyarakat.

“Seraya persembahan artis menghiburkan penonton, saya dimaklumkan KFC kini mempunyai lebih 770 cawangan restoran di seluruh Malaysia sejak restoran pertama dibuka pada di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 1973. 

“Saya berharap agar momen malam ini bukan sahaja penanda aras agar penganjur terus berjaya bagi membantu ekonomi negara malah lebih sukses di peringkat glokal,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pada masa sama, Anwar berharap keharmonian dan kebersamaan rakyat terus dijulang dalam menghadapi cabaran bagi meletakkan negara ke tahap lebih maju serta berdaya saing.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya