‘Angkat naskhah budaya, identiti Malaysia’ - Utusan Malaysia

‘Angkat naskhah budaya, identiti Malaysia’

SESI fotografi pelakon, Namron, Putri Qaseh dan Fad Anuar di Studio Media Mulia. -UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Kalau mahu pertaruh cerita gengster, tinju, backdance, naskhah barat lebih hebat,”

Demikian pelakon Fad Anuar, 33, bersuara melontarkan buah fikirnya mengenai naskhah yang lahir daripada tangan pengkarya tanah air sukar menembusi pasaran antarabangsa.

Bagi Fad yang juga saudara kepada pelakon Eman Manan, sudah masanya penerbit dan pengarah mula memberi peluang kepada naskhah yang mengangkat nilai budaya dan identiti sebagai ‘pelaris’ filem dari Malaysia.

Jejaka kelahiran Terengganu itu membawa contoh sebuah filem Indonesia bertajuk Merantau yang terbit pada tahun 2009. Filem yang diarahkan oleh Gareth Evans dan meletakkan Iko Uwais sebagai pelakon taruh telah mendapat sambungan hangat baik dari dalam dan luar negara itu.

Sejak hari itu, seni pertahanan diri silat dan Indonesia mula dikenali di negara barat. Bukan itu sahaja, pelakon utamanya, Iko Uwais mula mendapat tawaran terlibat dengan beberapa filem bertaraf Hollywood gara-gara Merantau.

Nasib yang sama turut dirasai pelakon senegaranya, Yayan Ruhian.

“Keistimewaan yang kita ada ialah identiti dan budaya seperti silat. Bawalah itu ke depan, orang luar akan hagai.

“Saya rasa itu juga menjadi sebab kenapa filem Walid diterima dengan sangat baik oleh penonton luar negara.

“Bayangkan, dahulu semasa era 90-an, kita ada banyak cerita pendekar. Lama kelamaan, tak banyak cerita yang menampilkan aksi bela diri ini. Mungkin kita kekurangan penerbit atau permintaan,” katanya ketika sesi fotografi dan temu ramah khas bersama Hits.

Bangga menjadi pelakon untuk filem Walid arahan Areel Abu Bakar yang mengangkat seni persilatan, Fad beranggapan ia peluang keemasan, apalagi plot ceritanya berlegar dalam semesta yang sama dengan filem pertamanya iaitu Geran.

“Walid merupakan kali ketiga saya bekerja bersama-sama Areel. Jika tiada dia, mungkin kita tidak akan dapat melihat ilmu persilatan dibawa ke layar dengan lebih kerap.

“Areel memang mencari pelakon yang boleh bersilat memandangkan semua aksi di dalam filem ini dilakukan semasa penggambaran.

“Pendek kata, kami memang ada koreografi namun tiada latihan. Masing-masing ‘bertempur’ di set penggambaran,” tambahnya lagi.

LARI DARI KEBIASAAN

Bermula sebagai koreografer di set penggambaran sebelum dilamar menjadi pelakon, Fad mengakui banyak tawaran diterimanya hanya berlegar dalam genre yang sama iaitu aksi walaupun pernah membintangi drama romantik komedi sebelum ini seperti The Maid, Sayang Tak Dikenang, dan Hati Yang Tersakit.

“Bila sudah berada dalam genre aksi, saya rasa sukar untuk menerima karakter di luar kebiasaan.

“Baru-baru ini, saya baharu sahaja selesai menjalankan penggambaran filem Bomba. Saya bawa karakter komedi. Sejujurnya saya sangat gembira dan puas kerana dapat mencuba pelbagai watak,” katanya.

Walid mengangkat kisah penculikan kanak-kanak membabitkan sindiket pemerdagangan manusia. Naskhah itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 14 September ini.

Turut sama menjayakan Walid ialah Megat Sharizal, Namron, Fad Annuar, Fieyna Tajudin, Puteri Qaseh, Shamputra, dan Yusran Hasim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya