Anak Salahuddin pilu, sebak cabut plat nama arwan bapa di Dewan Rakyat

Anak Salahuddin pilu, sebak cabut plat nama arwah bapa di Dewan Rakyat

FATIHAH  Salahuddin mencabut plat nama bapanya di Parlimen - FB FATIHAH SALAHUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Fatihah Salahuddin meluahkan perasaan sebak apabila perlu hadir ke Parlimen bagi mencabut plat nama bapanya.

Fatihah berkata, dia berasa seolah-olah baru sahaja semalam membantu bapanya untuk memenangi Parlimen Pulai.

“Saya memakai baju kemeja putih ayah hari ini ke Parlimen untuk mencabut plat nama ayah di Dewan Rakyat. Rasa sayu dan sebak sebaik sahaja saya masuk ke dalam Dewan. Jatuh juga air mata tadi mengenangkan ayah.

“Rasanya baru seperti semalam kami bekerja keras untuk memenangkan ayah di P161, Parlimen Pulai,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup meninggal dunia pada 23 Julai lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Sementara itu, Fatihah berkata, dia berasakan warga Parlimen sudah menjadi satu keluarga besar buat bapanya sejak menggalas tanggungjawab mewakili rakyat iaitu sebagai Ahli Parlimen Kubang Kering selama dua penggal sebelum menjadi Ahli Parlimen Pulai.

Katanya, dirinya turut berasa Parlimen merupakan keluarga besar buatnya selepas berkhidmat sebagai setiausaha yang bekerja rapat dengan warga Parlimen.

“Saya berpeluang bekerja dengan warga Parlimen sebagai Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof, Speaker Dewan Rakyat daripada 2018 sehingga 2020.

“Kemudian, berkhidmat dengan ayahanda tercinta sebagai pegawai khasnya daripada 2020 sehingga Parlimen dibubarkan pada 2022. Sepanjang tempoh tersebut saya diberikan kepercayaan oleh ayah untuk menguruskan segala hal ehwal Parlimen ayah daripada menyediakan soalan-soalan bagi Pertanyaan Jawab Lisan sehinggalah membuat usul untuk ayah.

“Bekerjasama dengan warga Parlimen bukanlah suatu perkara yang janggal buat saya,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada Parlimen bagi pihak bapanya iaitu khusus kepada Pejabat Speaker Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Rakyat, Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen, Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Protokol, Bentara dan bahagian-bahagian pengurusan yang lain yang selama ini memberikan perkhidmatan terbaik buat bapanya.

“Tidak terbalas jasa baik kalian. Sudah dua minggu ayah tinggalkan kita semua. Kerusi ini adalah milik rakyat. Datangnya daripada mandat rakyat, pulangnya kepada rakyat yang bakal memilih dan memberi mandat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya