'Anak Awie' luah rasa dalam Mata - Utusan Malaysia

‘Anak Awie’ luah rasa dalam Mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi meningkat naik, Reyzal Yazmi meluahkan rasa gembira apabila lagu Mata, yang dicipta dan ditulisnya berjaya diterbitkan selepas lebih dua tahun dihasilkan.

Ryzal yang mesra disapa Rey menyifatkan penerbitan lagu tersebut ibarat mimpi yang akhirnya menjadi realiti.

“Lagu ini berkisahkan kejadian hidup yang pernah saya lalui dahulu. Saya tak sangka berpeluang merakamkan perasaan yang saya alami ketika itu dalam single pertama saya ini.

“Biarlah saya sahaja yang tahu apa yang berlaku, jadi rahsia peribadi saya. 

“Saya hanya mahu sampaikan perasaan itu dalam nyanyian. Tak sangka ia jadi kenyataan,” katanya dalam kenyataan.

Lagu berentak Rock itu turut mendapat sentuhan komposer, Herda Syira.

Ryzal dan Herda mengambil dua tahun enam bulan untuk menyiapkan  sepenuhnya lagu tersebut.

Penyanyi berusia 25 tahun memulakan langkah dalam bidang nyanyian secara profesional selepas tampil dalam rancangan I Can See Your Voice.

Selain dikenali dengan suara serak-serak basah, netizen juga menyamakan penyanyi tersebut dengan idola kesayangannya, Datuk Awie kerana wajahnya yang dikatakan iras penyanyi legenda tersebut. Gara-gara persamaan itu, Ryzal turut menerima jolokan ‘anak Awie’.

Lagu Mata kini diperdengarkan di semua platform penstriman termasuk Apple Muzik, Deezer, KKBox, Spotify, Youtube dan Youtube Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya