Amirudin mulakan tugas penggal kedua - Utusan Malaysia

Amirudin mulakan tugas penggal kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Datuk Seri Amirudin Shari memulakan tugas pada hari pertamanya dekat pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini sebagai Menteri Besar pada penggalnya yang kedua selepas mengangkat sumpah jawatan semalam.

Beliau tiba dekat pejabatnya di tingkat 21 itu pada pukul 7.58 pagi sebelum merakam kad perakam waktu pada pukul 8 sambil disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim dan pegawai kerajaan negeri.

Pada hari pertama Menteri Besar ke-16 itu akan memulakan tugas secara rasmi dengan menghadiri perhimpunan penjawat awam serta melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri.

Semalam Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua mengangkat sumpah jawatan penggal kedua dekat Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang di hadapan Sultan Selangor dalam Istiadat Angkat Sumpah, Ikrar Aku Janji dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor itu kembali mengetuai pentadbiran negeri selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila partinya dapat membentuk kerajaan negeri menerusi sokongan 34 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya