Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri

Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di 11 negeri sehingga pukul 6 petang ini. 

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di jangka berlaku di kebanyakan tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun). 

“Selain itu di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat); Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol). 

“Seterusnya di Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi) serta Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song),” menurut hantaran di Facebook hari ini. 

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya