Altimet kekal rutin Subuh di masjid, luang masa dengar luahan dan harapan jemaah - Utusan Malaysia

Altimet kekal rutin Subuh di masjid, luang masa dengar luahan dan harapan jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, penyanyi Altimet hadir mendirikan solat subuh secara berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pagi tadi.

Bagi pemilik nama penuh Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, sebelum bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), dia sudah lama menjadikan aktiviti tersebut sebagai rutin setiap pagi .

“Alhamdulillah subuh tadi semuanya lancar dan baik. Sebenarnya setiap pagi saya akan pergi ke Masjid Taman Kosas. Ia sudah menjadi kebiasaan saya.

“Oleh itu selepas kemenangan, saya meneruskan rutin saya ke sana.

“Cuma pagi tadi jemaah ada ‘bisikkan’ beberapa isu dan impian yang boleh saya beri perhatian seperti nasib penjaja kecil dan keadaan jalan raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara menunggu majlis akad sumpah, penyanyi lagu Sang Saka Biru itu akan meneruskan gerak kerja sedia ada.

Beliau turut berterima kasih kepada mereka yang meletakkan kepercayaan dengan mengundinya semalam.

“Sekarang saya sedang menunggu angkat sumpah, bila selesai, kita akan terus laksanakan beberapa strategi.

“Sementara itu, saya akan teruskan dengan gerak kerja yang sedia ada.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi. Saya faham dan sedar ini tanggungjawab yang besar,” tambahnya.

Altimet yang bertanding untuk kerusi DUN Lembah Jaya menang dengan majoriti 6,707 dan memperoleh 26,116 undi mengalahkan pencabar terdekatnya Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,409 undi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya