Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah luang masa 30 minit santuni rakyat sebelum berangkat pulang - Utusan Malaysia

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah luang masa 30 minit santuni rakyat sebelum berangkat pulang

AL-SULTAN Abdullah dan Tuanku Azizah menyantuni rakyat sebelum berangkat pulang selepas menghadiri sambutan Hati Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyantuni rakyat yang hadir pada sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Seri Paduka berdua mencemar duli bersalaman dengan para pengunjung kira-kira 30 minit dan berjalan kaki sejauh 500 meter seolah-olah tidak mahu menghampakan rakyat yang mahu bersua muka sebelum baginda berangkat pulang seusai tamat acara sambutan hari bersejarah negara.

Rata-rata rakyat kelihatan teruja dapat bersalaman dan berpeluang merakamkan momen istimewa bersama baginda berdua.

Sikap Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang berjiwa rakyat dan mengenepikan protokol bertemu hadirin setiap kali turun padang akan sentiasa diingati.

Tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong akan berakhir pada 30 Januari 2024 dan ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan terakhir di bawah naungan Seri Paduka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya