Aktivis Jingga 13 serah memorandum kepada SPRM isu ketirisan diesel

Aktivis Jingga 13 serah memorandum kepada SPRM isu ketirisan diesel

MIKHAEL Ishkandaar (tiga dari kanan) menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada SPRM Kelantan di Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Aktivis Jingga 13 hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi mendesak suruhanjaya itu menjalankan siasatan berkaitan penyelewengan subsidi diesel nelayan yang bernilai RM10 billion.

Wakilnya, Mikhael Ishkandaar berkata, isu berkenaan timbul apabila dia didatangi oleh individu yang mendedahkan kes tersebut kepadanya seminggu sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Individu tersebut yang juga merupakan orang yang berpengaruh telah datang berjumpa dengan kami di Kuala Lumpur dan memaklumkan perkara itu berlaku di Kelantan.

“Oleh yang demikian saya mengambil inisatif bersama beberapa Aktivis Jingga 13 datang ke pejabat SPRM Kelantan bagi menyerahkan memorandum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mikhael memberitahu, hasil siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati ketirisan itu melibatkan kartel, agensi berkaitan serta pemilik bot nelayan tempatan dalam penyeludupan diesel bersubsidi termasuklah kemasukan nelayan asing.

Katanya, hasil daripada aktiviti itu didakwa digunakan untuk membiayai kegiatan politik.

Mikhael memberitahu, memorandum tersebut juga akan diserahkan kepada Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dalam masa terdekat.

Katanya, Jingga 13 menuntut tindakan tegas diambil terhadap semua individu yang terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa termasuk ahli politik serta pegawai kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya