Air Sungai Tembeling mula cetek, kelihatan beting pasi

Air Sungai Tembeling mula cetek, beting pasir mula kelihatan

AIR Sungai Tembeling di kawasan hulu sungai semakin cetek dan muncul beting pasir berdekatan Kampung Bantal, Hulu Tembeling di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Fenomena kemarau mula melanda di kawasan Ulu Tembeling daerah ini apabila menyaksikan air Sungai Tembeling beransur surut dan sebahagian kawasan mulai cetek sejak awal minggu lalu.

Keadaan ini boleh dilihat di Kampung Bantal kira-kira 130 kilometer dengan bandar Je­rantut apabila kawasan sungai di situ mula menampakkan pasir begitu juga di Kampung Gusai berdekatan Sungai Sepia.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Kampung Bantal, Jamizan Rashid, 45, berkata, kelazimannya bermula Jun hingga September setiap tahun, paras air Sungai Tembeling mula cetek kerana tiada hujan di kawasan hulu sungai kemungkinan fenomena El Nino.

“Keadaan air cetek menyebabkan timbul pasir di kebanyakan tempat di sungai ini dan membentuk beting sepanjang antara tiga hingga empat meter di tepi dan tengah sungai ini sekali gus menjejaskan pergerakan bot penambang membawa penumpang dan hasil kampung serta bot gentian kaca yang digunakan oleh nelayan sungai mencari rezeki.

“Cuaca panas juga menyebabkan air Sungai Tembeling sema­kin cetek dan mengganggu penduduk antara tiga kampung iaitu Kampung Bantal, Kampung Bantal Seberang dan Kampung Mat Daling menyeberang sungai ini ke tempat kerja dan urusan lain,” katanya di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, di sini semalam.

Pemandu bot penambang, Zulkefli Jamaludin, 58, berkata, sekiranya berterusan kemarau, keadaan Sungai Tembeling akan menampakkan keseluruhan pasir bermula di tengah sungai hingga ke tebing.

“Fenomena ini mungkin menjejaskan kawasan ternakan ikan sangkar di kawasan hilir sungai dan bagi pemandu bot penambang pula perlu berwaspada melalui lorong di sungai dibimbangi kenderaan air ini akan terkandas,” katanya.

Nelayan sungai Kampung Pagi, Ahmad Ismail, 68, berkata, sehingga kini, kebanyakan penangkap ikan berlesen sudah berdepan kekurangan hasil tangkapan kerana air cetek.

“Ikan liar mula tertumpu di habitat seperti lubuk dan bawah batu kerana tidak tidak dapat bergerak akibat sungai cetek, manakala ikan patin, ikan lawang, ikan jengkua dan ikan liar lain mencari makanan di kawasan hilir sungai jauh dari sini,” katanya.

Pengusaha eko-pelanco­ngan Kampung Kuala Sat, Alias Hashim, 48, berkata, keadaan air cetek dan kawasan pinggir berpasir tidak menjejaskan pe­ngunjung ke situ.

“Dataran di tepi Sungai Tembeling dan anak Sungai Sat yang berpasir memudahkan pengunjung berkelah dan aktiviti riadah seperti berkhemah dan bermain bola tampar,” katanya.

Ujarnya, musim kemarau dan panas memberikan kelebihan pengunjung ke kampung tersebut walaupun air sungai cetek tetapi tidak mengganggu akti­viti rekreasi dan riadah.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya