Ahmad Zahid digesa letak jawatan Pengerusi BN - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid digesa letak jawatan Pengerusi BN

IDRIS JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi digesa meletak jawatan selepas  parti itu menunjukkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), semalam.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh berkata, Presiden UMNO itu perlu bertanggungjawab atas keputusan BN di enam buah negeri itu.

“UMNO kalah teruk di PRN semalam, UMNO kalah 100 peratus di Terengganu, (Ahmad) Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” tulis bekas Menteri Besar Terengganu itu di Facebook miliknya hari ini.

Dalam PRN di enam buah negeri semalam, BN mencatat prestasi terburuk dalam sejarah selepas hanya menang 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Daripada jumlah itu, sebanyak 13 kerusi adalah di Negeri Sembilan, empat di Selangor dan masing-masing satu kerusi di Pulau Pinang dan Kedah.

BN bagaimanapun gagal memenangi sebarang kerusi di Terengganu dan Kedah.

Selain itu, BN juga kehilangan 10 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyebabkan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih 32 kerusi DUN di Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya