Ahmad Zahid ajak rakyat Kelantan ubah, cuba BN-PH sepenggal

Ahmad Zahid ajak rakyat Kelantan ubah, cuba BN-PH sepenggal

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) menyerahkan sumbangan kepada pelajar tadika selepas merasmikan Hari Potensi Kemas dan Program Desa Cerdas di Plaza MT-GT Bukit Bunga, Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Rakyat perlu memberi mandat kepada gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini untuk mengambil alih teraju kepimpinan negeri bagi memberi nafas baharu kepada Kelantan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sudah tiba masanya rakyat berlapang dada untuk melakukan perubahan memandangkan peluang ini datang hanya sekali.

“Peluang ini datang hanya sekali, jadi cuba berlapang dada. Lupakan yang lama (Kerajaan Pas Kelantan) dan buka buku baharu.

“Cuba kami (PH-BN) sekali, saya akan pantau prestasi kerajaan baharu (jika diberi mandat) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ada (menang),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Potensi Kemas dan Program Desa Cerdas di Plaza MT-GT Bukit Bunga, Ayer Lanas di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu, manifesto yang dikemukakan BN-PH untuk rakyat Kelantan sempena PRN kali ini disifatkan cukup baik dan tidak ditawarkan oleh mana-mana kerajaan negeri.

“Ini adalah akur janji, bukan sekadar manifesto dan saya sedari, keadaan politik kita dalam situasi mendaki yang amat licin dengan permukaan bumi bergunung-ganang dan bukit-bukau.

“Namun gelombang yang melanda Kelantan ini, saya yakin kalau rakyat benar nak perubahan, kita akan meneruskan dasar Islam yang baik tanpa mengenepikan agama lain,”ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya