Ahmad Samsuri selesai mengundi - Utusan Malaysia

Ahmad Samsuri selesai mengundi

AHMAD  Samsuri Mokhtar memasukkan kertas undi ke dalam peti undi di pusat pengundian di SMK Seri Nering, Besut, hari ini.   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT : Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi individu pertama yang selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nering di sini, kira-kira pukul 8.04 pagi tadi.

Beliau yang tampil ringkas dengan berpakaian kemeja tiba di pusat pengundian itu pada pukul 7.50 pagi kelihatan ceria untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan pengundi dan petugas yang ada dengan bertanya khabar mereka.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Ahmad Samsuri akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang berdepan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Suhaimi Sulaiman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya