Ahmad Said individu pertama mengundi di SK Telok Kalong  - Utusan Malaysia

Ahmad Said individu pertama mengundi di SK Telok Kalong 

Ahmad Said (berdiri, tengah) bersama isterinya, Norliza Mahmud (kanan) menyorong kerusi roda ibu mertuanya, Selamah Ngah di pusat mengundi di SKTeluk Kalong, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menjadi individu pertama yang membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kalong, Kijal, di sini, pagi ini.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal itu tiba di sekolah itu bersama isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud dan ibu mertuanya, Selamah Ngah kira-kira pukul 7.50 pagi

Ahmad dan isterinya memasuki tempat mengundi pukul 8 pagi dan selesai melaksanakan tanggungjawab mereka kira-kira lima kemudian. 

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Kijal turut menyorong ibu mertuanya itu yang berkerusi roda. 

Ahmad ketika ditemui pemberita selepas proses membuang undi berkata, beliau berpuas hati dengan proses pengundian dan berharap pengundi di DUN Kijal akan turun mengundi lebih awal. 

“Alhamdulillah, hari ini semuanya berjalan lancar dan kita harap lebih 80 peratus pengundi turun menjalankan tanggungjawab masing-masing. Biasanya, rekod sebelum ini, di DUN ini, jumlah pengundi yang keluar mengundi kira-kira 80 peratus,” katanya. 

Pada Pilihan Raya Negeri ini, Ahmad yang telah sembilan penggal menyandang kerusi DUN Kijal sejak 1990, bertembung satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional, Datuk Razali Idris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya