Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal

Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal

AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal pada Pilihan Raya Negeri, hari ini.

Beliau yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, tewas kepada Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Razali Idris yang menang bergaya dengan majoriti undi 3,758 undi dalam pertembungan satu lawan satu.

Razali berjaya memperoleh 13,403 undi manakala Ahmad mendapat 9,645 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Hanum Isa@Ghazali di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sivik Kijal tepat pukul 9.40 malam.

Pada PRU14, dalam pertembungan tiga penjuru, Ahmad menang dengan jumlah undi sebanyak 9,545.

Hazri Jusoh yang mewakili Pas memperoleh 8,280 undi manakala calon PKR, Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok hilang deposit dengan 1,472. undian.

Untuk rekod, Ahmad menyandang kerusi DUN Kijal sejak 1990 selama sembilan penggal dan pernah dikalahkan Mehamed Sulong daripada Pas pada tahun 1999 dengan hanya 264 undian.

DUN Kijal mempunyai seramai 29,491 pengundi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya