Ahmad Amzad, Azan selesai membuang undi - Utusan Malaysia

Ahmad Amzad, Azan selesai membuang undi

AHMAD Amzad Hashim membuang kertas undi di pusat mengundi di SK Durian Burung, Kuala Terengganu, hari ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Calon Perikatan, Datuk Ahmad Amzad Hashim  bagi Parlimen Kuala Terengganu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Burung di sini, sebentar tadi.

Ahmad Amzad yang juga penyandang kerusi itu selesai membuang undi pada pukul 8.27 pagi.

Sementara itu, pencabarnya, Azan Ismail daripada Pakatan Harapan (PN) pula mengundi di SK Bukit Besar di sini.

Beliau tiba di sekolah tersebut pada pukul 9 pagi dan selesai membuang undi pada kira-kira 10 minit kemudian.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu terpaksa diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 27 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril membenarkan petisyen dikemukakan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zubir Embong.

Beliau memutuskan demikian selepas bersetuju wujudnya unsur rasuah dalam kempen Pas di kerusi tersebut pada PRU15.

Ahmad Amzad menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya