Ahli perubatan boleh guna ubat senarai kumpulan B, Akta Racun

Ahli perubatan boleh guna ubat senarai kumpulan B, Akta Racun

DARI kiri: Ahli Bersekutu MAAFIM, Prof. Mustafa Ali Mohd., Dr. Paramjit Kaur, Dr. Vijayendreh Subramaniam; Peguam Bersekutu MAAFIM, Datuk Gurdial Singh Nijar dan Penaung MAAFIM, Tan Sri Lee Kim Yew di Sidang Media MAAFIM di Mines Resort and Golf Club, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Persatuan Perkembangan Perubatan Fungsional dan Interdisiplin Malaysia (MAAFIM) menyambut baik keputusan mahkamah rayuan yang memutuskan ahli perubatan mempunyai hak untuk menggunakan penggunaan Ivermectin.

Presidennya, Dr. Paramjit Kaur berkata, kemenangan yang diperoleh persatuan tersebut semalam membuka ruang dan hak kepada ahli perubatan di luar sana untuk menggunakan ubat tersebut dalam merawat pesakit mereka.

“Berdasarkan penjelasan mahkamah rayuan, pengamal perubatan mempunyai kuasa untuk menggunakan Ivermectin termasuk senarai ubat lain di bawah Kumpulan B di dalam Akta Racun,” katanya dalam sidang media hari ini.

Turut hadir Penaung MAAFIM, Tan Sri Lee Kim Yew dan Naib Presiden MAAFIM, Dr. Vijaendreh Subramaniam dan Dr. Che Amir Farid Che Isahak.

Baru-baru ini, rayuan kes yang dikemukakan Dr. Vijayendreh terhadap penggunaan Ivermectin dalam kalangan ahli perubatan telah diputuskan mahkamah.

Mahkamah menjelaskan, ahli perubatan berdaftar boleh menggunakannya dengan mematuhi Seksyen 19 Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Racun 1952.

Terdahulu, kes penyalahgunaan Ivermectin ditimbulkan ekoran berlaku rampasan Ivermectin oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) di sebuah klinik Dr. Che Amir ketika wabak Covid-19 melanda negara.

Berhubung perkara tersebut, dikatakan terdapat laporan keracunan dan kesukaran bernafas dua pesakit yang menerima ubat berkenaan daripada klinik tersebut.

Sehubungan itu, Dr. Che Amir telah didakwa di Mahkamah Majistret kerana menjual serta mengedar ubat tersebut dengan tidak mengikut undang-undang yang termaktub dalam penggunaan ubat-ubatan dalam tujuan rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya