Ahli perniagaan lepas, bebas tuduhan salah guna wang syarikat

Ahli perniagaan lepas, bebas tuduhan salah guna wang syarikat

NOOR Mohamed Amin ketika keluar selepas keputusan kes beliau di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - UTUSAN/FAIZ ALIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan salah guna wang milik syarikat lain untuk membayar bil kad-kad kredit miliknya, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Sabariah Othman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan membabitkan tertuduh, Noor Mohamed Amin, 50.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membawa satu keterangan bagi membuktikan wang RM10,000 adalah milik FMG Synergy Sdn. Bhd. Oleh itu, tiada bukti menunjukkan wang milik syarikat itu telah disalahgunakan oleh tertuduh,” kata hakim tersebut.

Beliau kemudian melepas dan membebaskan tertuduh tanpa memanggilnya membela diri.

Pada prosiding hari ini, Noor Mohamed diwakili peguam bela, Nurul Huda Razali manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shakira Aliana Alias.

Seramai tujuh saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 23 November 2022.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Noor didakwa menyalahgunakan wang RM10,000 milik syarikat FMG Synergy dengan menyebabkan wang tersebut dikeluarkan dari akaun bank milik syarikatnya, Berkat Hasrat Petroleum Marketing Sdn. Bhd. untuk membayar bil-bil kad kredit peribadinya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 19 September 2018 di sebuah bank di Jalan Ipoh, Dang Wangi di sini pada 19 September 2018.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya