Ahad cuti peristiwa jika PN menang di Kedah

Ahad cuti peristiwa jika PN menang di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang dalam pilihan raya negeri (PRN), esok.

Pemakluman itu dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menerusi kenyataan akhbar malam ini.

“Makluman kepada seluruh rakyat Kedah Darul Aman yang dikasihi. Kerajaan negeri akan mengumumkan cuti peristiwa pada hari Ahad jika PN berjaya membentuk kerajaan pada 12 Ogos,” katanya.

Kempen PRN selama dua minggu berakhir malam ini setelah proses penamaan calon dilakukan pada 29 Julai lalu di kesemua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

PN bertanding di kesemua kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) menampilkan 21 calon mereka dan selebihnya 15 calon daripada Barisan Nasional (BN). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya