Agong, Raja Permaisuri tiba sambutan Hari Kebangsaan 2023 - Utusan Malaysia

Agong, Raja Permaisuri tiba sambutan Hari Kebangsaan 2023

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat ketika tiba di sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya. Berangkat sama, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya sekitar pukul 8 pagi.

Yang turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusoff selain barisan Menteri Kabinet.

Ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan pertama dilaksanakan di bawah Kerajaan Perpaduan dengan tema ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.

Kesemua tetamu kehormat, barisan Jemaah Menteri, serta urus setia memperagakan batik Malaysia khas berona biru lembut bertemakan semangat kemerdekaan sekali gus mewarnai sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Sebaik sahaja tiba, Al-Sultan Abdullah berkenan memeriksa pasukan kawalan kehormat utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sambutan tahun ini melibatkan lebih 17,000 peserta dan 66 kontinjen yang menjayakannya berteraskan “Kepelbagaian Dalam Perpaduan”.

Sambutan pada peringkat negeri diadakan serentak pada tarikh dan masa yang sama.

Terdapat empat segmen persembahan khas iaitu Segmen pertama iaitu Perpaduan dan Kesejahteraan dengan persembahan nyanyian artis bersama penglibatan 1,000 artis tari, 400 pergendangan dan 600 pelajar.

Segmen kedua, Daya Upaya dan Kecekapan melalui persembahan aksi bermotosikal Army Red Warrior, Tentera Darat Malaysia; segmen ketiga Cabaran dan Ketangkasan iaitu persembahan terjunan tepat oleh VAT 69 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan segmen keempat iaitu Gegar Madani dengn gerak tari penutup persembahan khas.

Terdapat juga penglibatan aset kenderaan daripada pelbagai kontinjen antaranya aset pasukan keselamatan negara, kontinjen ekonomi dan telekomunikasi.

Pada tahun ini, Putrajaya telah sekali lagi dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan kali kelima diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas tahun 2003, 2005, 2018 dan 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya