Adibah Noor rahsiakan kesakitannya - Steve Yap - Utusan Malaysia

Adibah Noor rahsiakan kesakitannya – Steve Yap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Steve Yap memaklumkan Allahyarham Adibah Noor
memberi komitmen penuh sepanjang penggambaran filem Adoii Jiwaku meskipun pelakon tersebut pada ketika itu sedang bertarung dengan penyakit kanser.

Steve yang ditemui sewaktu tayangan gala filem berkenaan semalam berkata, Allahyarham, yang merahsiakan keadaan kesihatannya, berkelakuan normal dan tidak sedikitpun menunjukkan penderitaannya.

“Penggambaran waktu itu dibuat di Morib. Pelakon waktu itu kena lakukan babak tarian dalam keadaan cuaca yang agak panas.

“Memang tiada siapa tahu tentang keadaan kesihatannya. Dia tidak maklumkan kepada sesiapa.

“Saya rasa bersalah kerana meminta Allahyarham menari, buat dia berjalan terlalu lama ketika penggambaran. Kalau saya tahu (keadaannya) tentunya saya tidak akan minta dia buat semua itu,” luah Steve.

Adibah dalam Adoii Jiwaku membawa watak ibu kepada peranan utama, Ayis. Filem tersebut bakal ditayangkan serentak di pawagam seluruh negara bermula sembilan September depan.

Dalam pada itu, Steve menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang disenangi dan sering membawa keceriaan di set penggambaran.

“Adibah seorang yang happy go lucky dan suka bergurau senda, membuatkan semua pelakon suka bergaul dengannya.

“Arwah tidak menampakkan dia sakit. Malah ketika penggambaran di Morib, dia datang dengan memandu sendiri keretanya,” dedah Steve.

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menghembuskan nafas terakhir pada Jun tahun lepas akibat kanser ovari tahap empat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya