Ada yang minta Ben Amir kurangkan feeling - Utusan Malaysia

Ada yang minta Ben Amir kurangkan feeling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAK terkejut pun Cik Bunga bila ada yang beritahu pelakon Ben Amir tak habis-habis dengan kuat feeling atau kuat berangannya.

Maksudnya apa? Iyalah, kalau sudah namanya orang tampan, berangan ramai orang suka itu sudah tentu. Popular! Bukan Cik Bunga kata, orang industri dan netizen yang kata.

Kalau sekali dua orang ajak berbual, hendak bergambar Ben tak mahu, mungkin orang faham dan cuba berfikir positif. Iyalah, mungkin kita akan fikir dia bergegas nak ke set penggambaran atau ada kerja lain.

Namun kalau setiap kalinya begitu? Macam mana pula itu? Tak akanlah orang nak husnuzon lagi ye tak? Macam baru-baru ini, sekali lagi Ben lekas-lekas beredar dari satu acara hiburan sedangkan dia tahu rakan-rakan wartawan sudah menunggu untuk menemu bualnya.

Nak kata Ben takut ditanya tentang kontroversi, rasa Cik Bunga Ben pun tak ada buat apa-apa kontroversi kebelakangan ini pun kan? Jadi, apa yang hendak dibimbangkan sangat?

Atau Ben sebenarnya tak suka jumpa orang ramai? Peminat atau rakan media? Peliklah, kalau buat kelakuan begitu. Apa lagi kalau sudah terjun dalam bidang seni hiburan.

Dunia show bussiness orang putih kata. Sah, sahlah kena bertemu orang. Kalau tak, job pun tak akan datang.

Ramai juga yang meluahkan rasa kurang selesa dengan kelakuan Ben ini. Bukan sekali dua. Harap-harapnya Ben ubahlah perangai. Tak ke mana pun.

Dunia seni tempatan kita ini pun bukannya besar bak kata seorang pengurus artis yang Cik Bunga kenali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya