9 lori bawa lebih muatan dikenakan tindakan - Utusan Malaysia

9 lori bawa lebih muatan dikenakan tindakan

SEBUAH lori sedang melalui alat penimbang khas dalam 'Ops Lebih Muatan' oleh JPJ Pulau Pinang, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak sembilan buah kenderaan barangan khususnya lori dikesan membawa lebih muatan melebihi had yang dibenarkan dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dan Stesen Penguatkuasa Valdor, semalam.

Menurut jurucakap JPJ negeri, kesemua kenderaan tersebut dikenakan tindakan di bawah seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959.

“‘Ops Lebih Muatan’ ini telah berlangsung selama kira-kira lapan jam iaitu bermula tengah malam semalam sehingga pukul 8 pagi.

“Tumpuan utama untuk lokasi penguatkuasaan adalah di laluan utama seperti di Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), jalan Persekutuan dan negeri serta kawasan perindustrian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

ANGGOTA JPJ Pulau Pinang memeriksa sebuah lori dalam ‘Ops Lebih Muatan’ di kawasan lebuh raya PLUS di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

Terdahulu, ujarnya, penguatkuasaan itu diadakan bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan atau perdagangan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Katanya, ini termasuk peraturan yang telah dikuatkuasakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010.

“Penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus terhadap kenderaan barangan yang tidak patuh pada peraturan dan undang-undang terutama membawa muatan melebihi had dibenarkan akan terus dilaksanakan secara telus dan berterusan.

“Ia bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta memastikan kenderaan selamat digunakan di jalan raya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya