80,000 warga KKM bawah 22 kesatuan sekerja sokong hala tuju kepimpinan Zaliha

80,000 warga KKM bawah 22 kesatuan sekerja sokong hala tuju kepimpinan Zaliha

DR. ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU) menyokong sepenuhnya hala tuju Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diterajui Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa.

Presidennya, Ajulahin Japin berkata, di bawah kepimpinan beliau menekankan konsultansi dan sesi libat urus berterusan dengan warga KKM khususnya kumpulan pelaksana.

Katanya, MAPSU yang mewakili hampir 80,000 warga KKM meliputi 22 kesatuan sekerja di bawah KKM menyambut baik komitmen Menteri dan barisan pengurusan KKM akan memberikan perhatian kepada semua skim-skim perkhidmatan di bawah kementerian itu.

“Pihak kementerian juga sentiasa mengutamakan isu-isu kebajikan dan sedia mendengar sebarang cadangan daripada pihak kesatuan untuk menghasilkan satu usahasama selaras dengan aspirasi rakyat.

“Hubungan harmonis di antara majikan dan pekerja adalah amat penting untuk membuahkan satu sistem penyampaian yang efisien dan berkualiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Konvensyen Kesatuan Sekerja KKM diadakan pada 26 dan 27 Julai lalu di Melaka dihadiri 52 orang Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja.

Dalam pada itu, Ajulahin berkata, pihak kesatuan sedar bahawa KKM yang mempunyai 119 skim perjawatan sudah tentunya terdapat pelbagai permasalahan diutarakan.

Untuk itu, katanya, pihak kesatuan mengalu-alukan kesediaan pihak KKM untuk turun padang bersama pihak pekerja di peringkat bawahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya