Seramai 80 anggota keluarga Waris Haji Sariani Kasmin mengadakan hari keluarga mereka di D’Sawah, Sarang Buaya, Muar, Johor baru-baru ini. Mereka datang dari seluruh Malaysia dan Singapura.
Pengerusi program, Ashar Sariani berkata, pelbagai pengisian diadakan, antaranya doa selamat, pertandingan memancing, menganyam ketupat, sukaneka kanak-kanak, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.
“Perjumpaan kali kelima ini mendapat sambutan menggalakkan dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Insya-Allah waris dari Indonesia dan Thailand, yang tidak hadir kali ini, dapat hadir pada masa hadapan,” ujarnya.
Dia merancang pelbagai aktiviti lanjutan, termasuk melancong bersama, mengeluarkan cendera mata khas dan menghasilkan buku salasilah waris keturunan Haji Sariani.-UTUSAN